GWM Ora 07 Kini Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM169,800 – RM189,800

Great Wall Motor (GWM) telah melancarkan sebuah model baharu iaitu Ora 07 dan mengumumkan harga rasmi pada hari ini di Boathouse by The Lake, Selangor. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Dato’ Hairil Yahri Yaacob, Setiausaha Agung Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Ora 07 ini berukuran 4,871 mm panjang, 1,862 mm lebar, 1,500 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,870 mm. Dua jenis varian telah dilancarkan untuk jualan iaitu Long Range Ultra dan Performance. Kelihatan seperti Porsche Panamera, Ora 07 ini adalah dalam versi lebih mampu milik dan rupanya yang tersendiri itu terinspirasi daripada Volkswagen Beetle.

Untuk varian Long Range Ultra, ia didatangkan dengan spesifikasi motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan 340 Nm manakala output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 204 Ps. Untuk jarak sejauh 640 km boleh dicapai dengan pek bateri berkapasiti 83.5 kWh dengan sekali pengecasan. Pecutan 0-100 km/j didakwa dalam masa 7.9 saat.

Untuk varian Performance, ia didatangkan dengan spesifikasi dua motor elektrik yang mampu menghasilkan 680 Nm manakala output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 408 Ps. Untuk jarak sejauh 550 km boleh dicapai dengan pek bateri berkapasiti 83.5 kWh dengan sekali pengecasan. Pecutan 0-100 km/j didakwa dalam masa 4.3 saat.

Beralih kepada rekaan luaran, model ini turut menerima hidden door handles, frameless doors dan spoiler elektrik adaptif di belakang. Manakala bahagian dalaman didatangkan dengan kokpit yang dibuat sepenuhnya menggunakan premium leather dan konsol tengah berbentuk-T dengan panel yang boleh dipusingkan.

Selain itu, kerusi bagi pemandu dan penumpang di hadapan juga menerima features urut untuk keselesaan pemilik dan penumpang ketika menaiki kereta. Keluasan bahagian interior dilengkapkan lagi dengan kehadiran bumbung panoramik dan sistem penghawa dingin tiga dimensi.

Ora 07 bakal ditawarkan dengan 3 jenis warna iaitu Crystal Purple, Amethyst Gray dan Jade White. Ora 07 boleh didapati dalam versi Long Range Ultra dan Performance, bermula daripada RM169,800 dan RM189,800 (on-the-road tanpa insurans).

Pengecas wallbox percuma dan tambahan waranti kenderaan selama 2 tahun akan diberikan kepada 500 tempahan pertama. GWM Malaysia juga telah memperkenalkan perkembangan terkini tentang dua pakej servis menyeluruh iaitu pakej Basic dan Extra.

Di samping itu, Ora 07 turut menawarkan pakej waranti yang menyeluruh termasuk waranti kenderaan 6 tahun atau 150,000 km, waranti bateri selama 8 tahun atau 180,000 km, waranti motor elektrik selama 8 tahun atau 180,000 km dan waranti unit pemacu yang setanding untuk tempoh 8 tahun atau 180,000 km.

GWM Malaysia juga menawarkan Pertukaran Bateri Satu-dengan-Satu jika keadaan kesihatan bateri jatuh di bawah 70% semasa tempoh jaminan. Orang ramai yang berminat boleh berkunjung ke ruang pameran terdekat anda di seluruh negara untuk melihat sendiri dan pandu uji model Ora 07 ini.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD