Prestasi jualan bulan Mac telah diumumkan oleh Proton dengan penjualannya mencapai 12,666 unit kenderaan untuk domestik dan eksport. Ini bermakna Proton telah berjaya menutup jualan suku pertama (Q1) tahun 2024 dengan mencatat jualan sebanyak 39,150 unit.
Berbanding dari tahun lalu, jualan eksportnya turut merekodkan kenaikan sebanyak 63%. Bagi Jumlah Jualan Industri (TIV) pula, dianggarkan berjumlah 202,492 unit bagi tiga bulan pertama tahun 2024 iaitu peningkatan sebanyak 5.1%.
Dengan jumlah sebanyak 19.3%, Proton berjaya mengekalkan kedudukannya di tangga kedua dalam kalangan semua jenama automotif. Model paling laris dan mampu miliknya, Proton Saga, berjaya merekodkan jumlah tertingginya dalam tempoh 12 tahun pada tiga bulan pertama ini iaitu sebanyak 18,247 unit telah berjaya dijual.
Sumber : Funtasticko