Chery Malaysia telah memperkenalkan warna edisi terhad iaitu Aurora Green untuk model SUV flagshipnya, Tiggo 8 Pro sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Dengan kapasiti enjin turbo 2.0 liter, Tiggo 8 Pro ini mampu menghasilkan 390 Nm tork. Manakala output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 256 Hp. Enjin ini digandingkan dengan kotak transmisi Dwikuasa 7-kelajuan (DCT) dengan kadar penggunaan bahan api yang kompetitif pada 7.4L/100km.
Beralih kepada bahagian dalaman, ia turut hadir dengan pelbagai ciri-ciri yang canggih seperti Apple Car Play dan Android Auto, kamera panoramik 540 darjah, paparan dwi skrin bersaiz 24.6 inci yang bakal meningkatkan pengalaman pemandu ketika memandu.
Bagi sistem keselamatan, ia dilengkapi dengan Advanced Driver Assistance System (ADAS) terkini seperti Adaptive Cruise Control, Lane Keep Assist dan Blind Spot Detection. Selain itu, ia turut hadir bersama Acoustic Glass untuk memastikan dalaman yang sangat sunyi ketika sedang memandu.
Pilihan warna edisi terhad Aurora Green ini hanya hadir dalam 120 unit sahaja dan kini ditawarkan bermula dari RM159,800 (on-the-road tanpa insurans). Pakej perlindungan selama 7 tahun atau sehingga 150,000 km serta 5 tahun servis buruh percuma akan diberikan kepada pemilik.
Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk menambah perlindungan mereka dengan menambah bayaran tambahan sebanyak RM 2,000 untuk Pakej Extended Warranty Chery, yang menyediakan jaminan selama 10-tahun atau 1,000,000 km untuk enjin kenderaan mereka.
Selain itu, Chery Malaysia kini menawarkan Pakej Extra Peace of Mind, yang merangkumi jaminan lanjutan enjin kenderaan selama 10-tahun atau 1,000,000 km dan 7-tahun penyelenggaraan servis, semua ini hanya dengan RM 11,600.
Pelanggan yang berminat dengan warna edisi terhad Aurora Green Tiggo 8 Pro ini boleh berkunjung ke pusat pameran Chery Malaysia terdekat anda untuk membuat tempahan.