Proton telah mengumumkan bahawa sedan segmen-C Proton S70 mereka berjaya dijual sebanyak 2,072 unit (termasuk 35 unit pasaran eksport) pada Mac lalu sekaligus menjadikan model mereka mendominasi sedan segmen-c paling laris dalam kelasnya bulan lalu.
Dengan jumlah jualan tersebut, ia telah membuktikan bahawa S70 mampu mencapai sasaran jualannya iaitu 2,000 unit sebulan sekaligus menjadikan ia model kedua paling laris selepas Saga. Rekod jualan kumulatif S70 untuk suku pertama 2024 juga kini telah mencecah 5,828 unit dan Proton akan mempertingkatkan lagi jumlah produksi S70 bagi menghantar kenderaan tersebut kepada pelanggan yang menempah secepat mungkin.
Proton S70 telah dilancarkan ke pasaran Malaysia pada November 2023 dan ia sebenarnya telah dibangunkan semula oleh Proton dengan pelbagai perubahan walaupun bahagian luarannya kelihatan seperti Geely Emgrand untuk pasaran China, Filipina dan beberapa negara timur tengah.
Antaranya ialah enjin 1.5L tiga-silinder turbo yang lebih berkuasa dan transmisi klac berkembar automatik tujuh-kelajuan yang lebih responsif, ruang kabin yang lebih sesuai untuk pasaran Malaysia, talaan suspensi “Proton Ride Handling”, kelengkapan keselamatan lebih canggih dengan sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) dan pelbagai lagi.
Sumber : Paultan
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?