NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Sampah Bertebaran di Lebuhraya LTU Gara-Gara Tiada R&R

Sampah Bertebaran di Lebuhraya LTU Gara-Gara Tiada R&R

Sampah bertebaran dan penuh di sepanjang Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) hanya disebabkan ketiadaan kemudahan hentian rehat & rawat (R&R) bukan lah alasan untuk pengguna lebuhraya itu untuk membuang sampah sesuka hati ketika singgah berehat di tepi laluan tersebut.

Menurut Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, Sharudin Hamid, sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengguna lebuhraya itu boleh mengundang kepada kemalangan jalan raya yang tidak diingini kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Menurutnya, sebaiknya sampah yang ada boleh disimpan sementara di dalam kenderaan dan membuangnya bila jumpa tempat yang disediakan.

“Pihak kami sering menerima aduan berhubung isi sampah di tepi Lebuhraya LTU setiap tahun dan nampaknya masalah ini terus berulang,” katanya.

Tambah Sharudin, beliau bimbang sekiranya terdapat sampah yang keras seperti tin minuman yang boleh masuk ke tengah laluan jalan raya sehingga boleh mengundang risiko kemalangan jalan raya terjadi.

“SWCorp akan membuat kutipan sampah di kawasan terlibat selain memasang papan-papan tanda amaran sebagai peringatan.

“Perbincangan bersama beberapa pihak termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), Roadcare dan Jabatan Kerja Raya (JKR) dijalankan bagi mencari jalan mengatasi masalah tersebut,” katanya.

Masalah sampah sarap ini sekian lama telah melanda lebuhraya ini lebih-lebih lagi pada waktu kemuncak seperti musim perayaan ini. Baru-baru ini ia menjadi perhatian kembali apabila seorang pengguna di aplikasi X telah memuat naik video yang memaparkan lebuhraya yang dahulunya dikenali sebagai Central Spine Road (CSR) itu kini dipenuhi dengan sampah sarap.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy