Sempena perayaan Aidilfitri, empat jalan raya di laluan Machang akan ditutup sementara kepada semua pengguna jalan raya selama seminggu bermula esok (7 April).
Menurut kenyataan dari Jabatan Kerja Raya (JKR), penutupan jalan tersebut dilaksanakan bagi memastikan kesesakan lalu lintas tidak berlaku kepada pengguna semasa musim perayaan nanti bermula dari 7 petang (7 April) sehingga 12 tengah malam (14 April).
“Laluan yang terlibat terdiri laluan Tanah Merah ke Paloh Rawa yang ditutup kedua-dua arah dan pengguna boleh menggunakan laluan alternatif dari Tanah Merah-Kg Wakaf Bata-Kelaweh-Paloh Rawa.
“Turut ditutup laluan Machang ke Paloh Rawa, laluan Kota Bharu ke Tanah Merah dan simpang Jalan Tok Bok ke Kota Bharu dan Machang ke Jalan Tok Bok,” menurut JKR.
Para pengguna jalan raya diminta untuk sentiasa peka dengan papan tanda amaran yang disediakan dan berhati-hati di jalan raya.
Sumber : Astro Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?