DYMM Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Iskandar baru-baru ini telah menerima kunjungan daripada duta besar China ke Malaysia, TYT Ouyang Yujing bagi membincangkan hubungan dua hala serta isu-isu semasa berkaitan kedua-dua negara sekaligus menjadi pemilik pertama di dunia yang menerima sebuah kenderaan mewah dari China iaitu Hongqi L5.
Pada April lalu, L5 ini telah didedahkan sebagai model generasi kedua di Auto Shanghai 2023. Ia berukuran 5,980 mm panjang, 2,090 mm lebar, 1,710 mm tinggi dengan jarak antara roda 3,730 mm.
Kredit Imej : FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Ia didatangkan dengan enjin V8 4.0 liter twin turbo bersama transmisi automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) yang mampu menghasilkan kuasa 387 PS (382 hp atau 285 kW). Harganya di China bermula lima juta yuan (sekitar RM3.3 juta) dan ia diinspirasikan daripada model klasik CA770 serta rekaannya pula menggunakan konsep ala retro.
Sumber : FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Paultan