NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kereta Elektrik Mewah Terbakar di Lebuhraya DUKE, Remaja Maut

Kereta Elektrik Mewah Terbakar di Lebuhraya DUKE, Remaja Maut

Seorang remaja lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 6.6 Lebuhraya Duta-Ulu-Kelang (DUKE) pada Khamis lalu bersama teman wanitanya.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, remaja lelaki yang berusia 19 tahun tersebut didapati hilang kawalan semasa memandu sebelum akhirnya merempuh pembahagi jalan sekitar jam 2.10 pagi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa lelaki itu memandu dari arah Jalan Duta ke Plaza Tol Air Panas dan kenderaan hilang kawalan di tempat kejadian.

“Impak kemalangan menyebabkan kenderaan terbabit terbakar di tempat kejadian,” katanya kepada Harian Metro.

Selain remaja terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, teman wanitanya mengalami keretakan tulang pinggul dan telah dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan.

“Akibat kemalangan, pemandu mengalami kecederaan di pinggul serta terbakar di bahagian kanan badan dan disahkan maut oleh pasukan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di tempat kejadian,” katanya.

Siasatan telah dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Sumber : Harian Metro

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy