NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Bas Rempuh 11 Kenderaan, Dipercayai Alami Masalah Brek

Bas Rempuh 11 Kenderaan, Dipercayai Alami Masalah Brek

Sebuah bas dipercayai telah hilang kawalan akibat masalah brek dan telah melanggar 11 kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang, kira-kira jam 10.40 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kemalangan telah membabitkan 12 kenderaan sebuah bas, dua lori dan 9 buah kenderaan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan ini berlaku disebabkan sebuah bas yang datang dari arah bandar Batu Pahat menghala ke Jalan Kluang telah hilang kawalan dipercayai kegagalan brek.

“Akibatnya, bas itu melanggar 11 kenderaan lain yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat. Kemalangan hanya melibatkan kerosakan semua kenderaan dan kecederaan ringan,” katanya.

Siasatan masih sedang dijalankan dan kes telah disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy