passionately driven

Tempahan Honda City Hatchback 2024 Dibuka – Dijangka Lancar Suku Kedua

Tempahan bagi Honda City Hatchback baharu versi facelift telah mula dibuka secara rasmi hari ini dan Honda Malaysia telah mengumumkan pelancaran bagi model City Hatchback 2024 akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini. Masih mengekalkan varian e:HEV RS dalam barisan City Hatchback, hanya beberapa perubahan dari segi rekaan akan ditawarkan pada model facelift baharu kali ini.

Memetik dari kenyataan Honda Malaysia, sejak diperkenalkan pada tahun 2021, lebih 28,700 unit City Hatchback telah dijual dengan 10,300 unit telah dihantar kepada pelanggan pada tahun lalu. Lebih membanggakan apabila e:HEV RS untuk City Hatchback menyumbang 16 peratus kepada jumlah jualan hibrid Honda Malaysia setakat ini.

Untuk varian RS, ia bakal menerima palang hitam yang lebih nipis pada sudut atas gril serta bampar baharunya kini didatangkan dengan kemasan lampu kabus yang lebih tajam mengapit jejaring honeycomb pada corong intake dengan tambahan saluran udara.

Perincian bagi bahagian belakang tidak disertakan sekali namun dijangka akan mirip dengan model facelift di Thailand yang telah pun mula dijual. Selain itu, dijangka terdapat elemen ala-diffuser yang dikemaskini pada apron bawah dengan roda aloi Berlina Black 16-inci yang lebih sporty.

Bagi penjana kuasanya, e:HEV dilengkapi dengan sistem hibrid Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) yang sama, dengan roda hadapannya dipacukan oleh motor elektrik berkuasa 109 PS (107 hp atau 80 kW) dan 253 Nm tork. Motor elektrik itu dikuasakan oleh bateri lithium-ion yang dicas oleh motor elektrik kedua yang disambungkan ke enjin 1.5 liter naturally-aspirated DOHC i-VTEC empat-silinder Atkinson.

Penjana kuasa petrol hibrid ini berkadaran 98 PS (97 hp atau 72 kW) dan 127 Nm tork, dan sementara ia bertindak sebagai penjana pada kebanyakan masa, ia berfungsi melalui transimisi satu-kelajuan (digelar E-CVT) untuk memberikan pemanduan terus ke roda pada kelajuan yang lebih tinggi di mana ia adalah paling cekap.

Varian tanpa-hibrid juga ditawarkan, dan dijanakan oleh enjin 1.5 liter naturally-aspirated empat-silinder sebaris DOHC i-VTEC dengan hamburan kuasa 121 PS (119 hp atau 89 kW) pada 6,600 rpm dan 145 Nm tork pada 4,300 rpm, dengan pacuannya disalurkan ke roda hadapan menerusi CVT.

Bagi sistem bantuan keselamatan, Honda Sensing akan tersedia untuk semua varian bagi City Hatchback facelift secara standard, termasuk dengan ciri notifikasi ketibaan kereta hadapan. Walau bagaimanapun, varian e:HEV RS akan menerima ciri tambahan low-speed follow untuk fungsi kawalan kelajuan adaptif.

Untuk maklumat lanjut mengenai New City Hatchback, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana pengedar sah Honda di seluruh negara atau menghubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau melayari www.honda.com.my.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD