Selepas pemotongan harga di Amerika Syarikat, Tesla telah menurunkan lagi harga jualannya baru-baru ini di beberapa pasaran utamanya termasuk di China dan Jerman setelah bergelut dengan perang harga bagi kenderaan elektrik (EV) dari China.
Memetik dari laporan Reuters, pemotongan harga berlaku setelah penghantaran kenderaan global Tesla pada suku pertama jatuh buat kali pertama dalam tempoh hampir empat tahun.
“Harga Tesla mesti kerap berubah untuk memadankan pengeluaran dengan permintaan,” menurut posting Musk di aplikasi X.
Tesla pernah mencetuskan perang harga EV sejak setahun lalu dengan memotong harga secara agresif dengan mengorbankan margin keuntungan.
Tesla kini telah mengurangkan harga permulaan Model 3 yang dirombak di China sebanyak 14,000 yuan ($1,930) kepada 231,900 yuan ($32,000), ia disiarkan melalui laman web rasminya Ahad lalu.
Di Jerman, harga pacuan roda belakang Model 3 juga telah diturunkan kepada 40,990 euro ($43,670.75) daripada 42,990 euro.
Sumber : Reuters