Chery telah memperkenalkan model baru di bawah keluarga Tiggo iaitu Tiggo 9 PHEV pada 25 April di Beijing Auto Show. Dengan tema baru iaitu “New Energy, New Eco, New Era”, Tiggo 9 kali ini juga telah memperkenalkan konsep baharu di sebalik rekaan mereka iaitu “Conquer” dan “Guard” yang menampilkan gril oktagon, garis badan yang dinamik dan rim tayar 20 inci.
Beralih kepada rekaan dalaman, ia didatangkan dengan skrin infotainmen berukuran 15.6 inci dengan 2.5K HD dan jahitan 3D yang selesa pada semua tempat duduk.
Menonjol sebagai sebuah SUV hibrid plug-in, ia didatangkan dengan enjin 2.0 turbo dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 235 Hp dan 385 Nm tork. Pengunaan bahan api adalah sebanyak 5.2 liter bagi setiap 100km di bawah WLTC, memberikan keseimbangan sempurna antara kuasa dan kecekapan.
Selain itu, sistem DHT super hibrid Tiggo 9 PHEV menggunakan motor elektrik 3DHT di mana ia mempunyai kuasa maksimum 165 kW, sekaligus dapat meningkatkan prestasi pecutan kenderaan dengan ketara.
Dijangkakan Tiggo 9 bagi versi bahan api dan PHEV ini bakal dilancarkan pada suku keempat tahun ini dan kini Chery bersedia untuk menerajui pasaran SUV mewah ke era baharu kemajuan dipacu teknologi.