Baru-baru ini Tesla Malaysia baru sahaja mula menawarkan Tesla Model 3 Performance yang telah dikemas kini dan hari ini syarikat itu telah mengumumkan penurunan harga sehingga RM8,000 untuk kesemua model yang ditawarkan ke dalam pasaran Malaysia.
Bagi model pertama iaitu Tesla Model Y yang telah dilancarkan pada 20 Julai 2023 telah menyaksikan penurunan harga sebanyak RM8,000 iaitu dari RM199,000 kepada RM191,000.
Manakala bagi model Y Long Range AWD pula kini dijual pada harga RM238,000 berbanding harga asalnya iaitu RM246,000 dan model Y Performance AWD kini berharga RM280,000 berbanding harga asalnya iaitu RM288,000.

Tidak dilupakan bagi model 3 versi asas yang kini dijual pada harga RM181,000 berbanding harga asalnya iaitu RM189,000 dan model 3 Long Range AWD kini berharga RM218,000 berbanding sebelum ini pada RM210,000.

Penurunan harga ini sejajar dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Elon Musk baru-baru ini di mana Tesla telah menurunkan harga secara global untuk penjualan semua model setelah penghantaran kenderaan global Tesla pada suku pertama jatuh buat kali pertama.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?