Jetour, sebuah jenama baru dari China dijangka akan membuat pelancaran sulung pada bulan hadapan bersama dengan dua modelnya iaitu Dashing dan X70 Plus. Kedua-dua model ini dijangka akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini dalam bentuk CKD.
Selain Jaecoo adalah sebuah sub-jenama kepada Chery, Jetour juga merupakan sebuah sub-jenama kepada Chery dan akan beroperasi dan bersaing secara sihat dengan jenama Chery dan Jaecoo di pasaran Malaysia. Mari kita kenal dengan lebih dekat dua model yang akan dilancarkan oleh Jetour pada bulan hadapan.
Model pertama merupakan Dashing, sebuah SUV lima tempat duduk yang telah dibangun menggunakan platform Kunlun. Ia berukuran 4,590 mm panjang, 1,900 mm lebar, 1,685 mm tinggi dan jarak roda 2,770 mm. Lebih tepat, saiznya berada di antara Honda HR-V dan Honda CR-V.

Di China, ia ditawarkan dengan 3 pilihan enjin untuk penjualan di mana dua darinya didatangkan dengan pilihan enjin turbocas petrol empat-silinder sebaris dan satu lagi hadir dengan sistem plug-in hybrid intelligent Dual-Motor digabungkan bersama dengan enjin 1.5 liter.
Model kedua merupakan X70 Plus, sebuah SUV tiga baris tempat duduk tujuh penumpang. Ia berukuran 4,749 mm panjang, 1,900 mm lebar, 1,720 mm tinggi dengan jarak roda 2,745 mm. Ini menunjukkan saiznya yang lebih besar dari Dashing dan Honda CR-V.

Ia telah ditawarkan dengan 2 pilihan enjin untuk penjualan di China iaitu 1.5 liter turbocas empat-silinder sebaris petrol dan 2.0 liter turbocas empat-silinder sebaris. Kedua-dua model ini telah dipilih untuk dilancarkan di Malaysia kerana model pemanduan sebelah kanan sudah tersedia ada daripada unit jualan di Indonesia.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?