NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Proton Sasar Tambah Baik Kualiti Pengeluaran Bagi Tingkatkan Keyakinan Pelanggan

Proton Sasar Tambah Baik Kualiti Pengeluaran Bagi Tingkatkan Keyakinan Pelanggan

Proton telah menyasarkan untuk menambah baik kualiti pengeluaran menerusi pengurangan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, 55 peratus pengurangan dalam markah GCPA menunjukkan peningkatan keseluruhan dalam kualiti pengeluaran hingga 2023.

“Ada juga (impak GCPA) sebab apabila orang tengok (sesuatu produk) ada kualiti, mereka ada keyakinan (untuk membeli kenderaan).

“GCPA ada memberi kesan dan menyumbang kepada jualan kereta sebab ia akan menambah keyakinan orang ramai untuk membeli kenderaan Proton jika tahu kebarangkalian rosak itu kurang,” katanya pada sesi taklimat kepada media mengenai inisiatif kualiti Proton di Proton City, di sini, pada Khamis.

GCPA ialah penunjuk kualiti produk dalam menilai isu dihadapi barisan pengeluaran berdasarkan tahap teruk. Selain itu, Roslan turut berkongsi dari segi kualiti pasaran Proton sejak 2019 di mana mereka telah berjaya menyelesaikan sebanyak 1,005 isu bersamaan dengan sebanyak 44 peratus peningkatan dalam aspek itu.

Mengenai kualiti pembekal mereka, peningkatan sebanyak 43 peratus dapat dilihat di mana mereka berjaya memenuhi standard minimum BBB (Biro Perniagaan Lebih Baik).

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy