NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Perkhidmatan KL Monorel Telah Beroperasi Sepenuhnya

Perkhidmatan KL Monorel Telah Beroperasi Sepenuhnya

Rapid KL telah mengumumkan bahawa perkhidmatan monorel di empat stesen yang sebelum ini telah ditutup disebabkan insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail petang semalam telah mula beroperasi sepenuhnya seperti biasa pada jam 5 petang tadi.

“Kerja-kerja pembersihan dan baikpulih telah dijalankan oleh Rapid Rail dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan berjaya diselesaikan pada jam 5.55 pagi tadi.

“Pihak operasi dan jurutera struktur juga telah selesai menjalankan beberapa pemeriksaan menyeluruh dan terperinci mengikut piawaian keselamatan yang telah ditetapkan. Ini untuk memastikan struktur landasan stabil dan selamat untuk beroperasi,” kata Rapid Rail menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Oleh itu, perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara telah ditamatkan serta-merta dan kekerapan tren telah kembali normal iaitu selang 7 minit pada waktu puncak dan selang 10 minit bagi waktu tidak puncak.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy