NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Jet Pejuang F-16 Singapura Terhempas, Tiada Kematian Dilaporkan

Jet Pejuang F-16 Singapura Terhempas, Tiada Kematian Dilaporkan

Sebuah jet pejuang F-16 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) telah mengalami masalah semasa berlepas lalu terhempas di Pangkalan Udara Tengah pada jam 12.35 tengah hari.

Memetik dari kenyataan Kementerian Pertahanan (MINDEF), juruterbang terbabit telah berjaya mengikut prosedur kecemasan ketika itu dengan bertindak keluar dari pesawat tersebut dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital.

“Juruterbang itu dalam keadaan sedar dan mampu berjalan. Beliau sedang menerima rawatan perubatan dan tiada anggota lain yang tercedera,” kata Mindef.

RSAF kini sedang menjalankan siasatan berhubung insiden ini dan akan memberikan perkembangan terkini secepat mungkin.

 

Sumber : Bernama

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy