EPMB Sasar 6,000 Unit Dipasang di Kilang Melaka Menjelang Akhir Tahun

EP Manufacturing (EPMB) telah mensasarkan 6,000 unit kenderaan berjaya dipasang menjelang akhir tahun ini dari kilangnya di Taman Perindustrian Hicom Pagoh, Melaka. Memetik dari laporan Malaysian Reserve, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Razlan Mohamed berkata syarikat itu meletakkan sasaran pengeluaran sebanyak 6,000 unit menjelang hujung tahun.

Ia akan dimulakan oleh anak syarikatnya iaitu Peps-JV Melaka (PJVM) yang akan mula mengeluarkan dua jenama kenderaan dari China. Jenama pertama adalah Beijing Automotive Group (BAIC) di mana mereka akan melancarkan dua model tidak lama lagi iaitu sebuah SUV, BJ40 Plus dan X55II. Kedua-dua syarikat ini telah menandatangani perjanjian pemasangan selama 10 tahun pada April lalu.

Jenama kedua yang akan dipasang oleh EPMB adalah Great Wall Motor (GWM) iaitu untuk model Haval H6 Hybrid dan Haval Jolion di Malaysia. Kedua-dua syarikat ini juga telah menandatangani perjanjian pemasangan selama 8 tahun.

EPMB telah mengumumkan pada Oktober lalu di mana lebih RM100 juta akan dilaburkan untuk pembinaan kilang di Melaka ini dan dijangka bakal mewujudkan lebih 1,000 pekerjaan baru dan mampu mengeluarkan 30,000 unit kenderaan setahun.

 

Sumber : Malaysian Reserve | Paultan

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD