Porsche telah membuat panggilan semula untuk beberapa ribu model Taycan elektriknya kerana baterinya yang berisiko untuk mudah terbakar pada Khamis. Menurut seorang jurucakap, sel yang rosak dalam sesetengah bateri boleh mengalami litar pintas lalu terbakar.
Pada mulanya, 858 unit Taycan telah dikenal pasti dan ditarik kembali pada bulan Januari namun setelah syarikat tersebut membuat pemeriksaan lanjut, mereka mendapati bahawa kenderaan lain juga berisiko untuk terjejas.
Menurut Porsche, 2,936 daripada kereta empat pintu yang sporty menunjukkan “anomali”, di mana memerlukan penukaran modul pada bateri seberat 600 kilogram yang diletakkan di bawah kereta.
Terdapat 4,522 unit Taycan yang masih belum diperiksa dan harus dibawa ke pusat servis untuk penukaran bateri. Baru-baru ini, Renault, Ford dan General Motors juga terpaksa membuat panggilan semula yang melibatkan model bateri yang rosak.
LG Korea telah menghasilkan sel-sel untuk bateri Taycan dan telah dipasang sendiri di Jerman sebelum dimasukkan ke dalam kereta di kilang Porsche Zuffenhausen.
Sejak Taycan telah dilancarkan pada tahun 2019, lebih 40,000 unit telah dijual menjelang tahun 2023 dan peningkatan sebanyak 16.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Sumber : New Straits Times | Careta
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?