UMW Toyota Rekod Sebanyak 7,345 Unit Jualan pada April – Angka Jualan 2024 Kini Mencecah 30,789 Unit

Prestasi jualan bulan April telah diumumkan oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd dengan penjualannya mencapai sebanyak 7,345 unit di mana 7,213 unit dari Toyota dan 132 unit lagi dari Lexus.

Syarikat itu kini telah berjaya merekodkan sebanyak 30,789 unit angka jualan bagi tahun 2024 melalui beberapa model terkemuka. Pencapaian pada bulan April dapat dilihat dibantu dengan pengenalan model hatchback segmen-B edisi terhad mereka iaitu Toyota Yaris G Limited dengan rupa yang lebih sporty dan beberapa peningkatan baharu.

Selain itu, tidak dilupakan kehadiran Toyota Hiace Super Long Wheelbase (SLWB) Window Van yang turut meriah di dalam segmen komersial dengan tanda harga diletakkan bermula dari RM169,000.

UMW Toyota turut mengembangkan lagi rangkaian pengedarnya dengan pengenalan Laser Motor 4S Sdn Bhd di Seremban untuk meningkatkan lagi perkhidmatan pelanggan mereka.

Pada bulan Mei ini, UMW Toyota telah melancarkan promosi “Peace of Mind With Every Drive” di mana rebat sehingga RM7500 dan pembiayaan sehingga 100 peratus yang bakal diberikan kepada pelanggan yang berminat untuk mendaftar.

Ia tersedia untuk kesemua 13 model dari Toyota, termasuk Toyota Yaris yang baru sahaja diperkenalkan dan Toyota Vios serba baharu dengan ansuran bermula dari serendah RM658 dan RM688 masing-masing.

 

Sumber : Careta

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD