Aston Martin Vantage Kini Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM2,370,000

Aston Martin Kuala Lumpur telah melancarkan secara rasmi model baharu mereka iaitu Aston Martin Vantage yang menampilkan reka bentuk dan spesifikasi teknikal yang telah dikemas kini untuk model V8 dua pintu. Ia dijual dengan harga bermula dari RM2,370,000, tidak termasuk ciri tambahan.

Ia didatangkan dengan enjin petrol V8 twin-turbo 4.0 liter yang mampu menghasilkan 665 PS dan 800 Nm tork pada 6,000 rpm. Kuasa dihantar melalui kotak gear automatik ZF lapan kelajuan, membolehkan Vantage 2024 memecut dari 0-100 km/j dalam masa 3.4 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 325 km/j.

Beralih kepada reka bentuk luaran yang telah dikemaskini, Vantage 2024 menerima penambahbaikan teknikal termasuk profil camshaft yang diubahsuai, nisbah pemampatan yang lebih optimum, turbocharger yang lebih besar, dan sistem penyejukan yang diperbaiki, yang menghasilkan angka kuasa dan tork yang dipertingkatkan.

Beralih kepada ruang dalaman, kabin masih mengekalkan reka bentuk Aston Martin sedia ada yang menampilkan sistem infotainment bersaiz 10.25-inci dengan kawalan fizikal untuk pelbagai fungsi. Sistem ini turut menyokong Apple CarPlay tanpa wayar dan turut akan ditawarkan dengan Android Auto tidak lama lagi. Peningkatan audio pilihan juga disediakan, menampilkan sistem audio premium Bowers & Wilkins.

Aston Martin Vantage 2024 ini telah dibuka untuk tempahan dengan harga bermula dari RM2,370,000, tidak termasuk pilihan dan ciri tambahan yang ditawarkan. Pemilik akan menikmati jaminan dari kilang selama 3 tahun, yang boleh dilanjutkan sehingga 20 tahun.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD