Proton S70, Smart #1 Terima Anugerah Kereta Tahunan

Proton bersama anak syarikatnya PRO-NET telah meraikan pencapaian luar biasa apabila dinobatkan dengan dua anugerah berprestij untuk model terbarunya di majlis Anugerah Allianz DSF.my Vehicle of The Year 2024.

Model pertama yang telah menerima anugerah adalah model sedan segmen-C terbaru mereka iaitu Proton S70 varian Flagship X yang telah memenangi kereta Sedan of The Year.

nazznco-article-cover-proton-s70

Selain itu, lebih membanggakan apabila model EV pertama mereka iaitu Smart #1 juga telah memenangi Anugerah Electric Crossover of The Year.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar dan Ahli Lembaga Pengarah PRO-NET, Roslan Abdullah, kami di Proton telah sibuk sepanjang tahun 2023 apabila kami melancarkan dua model baharu dalam seminggu dengan kedua-duanya membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi.

“Proton S70 adalah sedan pertama yang kami bangunkan bersama Geely, memfokuskan pembeli yang mencari kereta keluarga dengan prestasi sporty, teknologi sambungan dan ciri-ciri yang komprehensif.” katanya.

Tambahan itu, beliau turut berkongsi “Sebagai model EV pertama yang ditawarkan oleh Proton, smart #1 adalah anjuran yang berbeza untuk kami menerokai pasaran baharu.

“Daripada pengecasan, servis, perisian dan juga cara kami berinteraksi dengan pelanggan, telah kami adaptasi operasi ke industri EV dengan pesat dan memberi syarikat pengalaman yang tidak ternilai untuk melancarkan tawaran EV baharu dalam masa terdekat,” tambahnya.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD