passionately driven

Xiaomi SU7 Tidak Boleh Dibaiki, Rosak Selepas Pandu 39 KM

Sejak Xiaomi mula menghantar kereta pertamanya, SU7 pada 3 April, banyak isu dan laporan berkenaan kemalangan yang melibatkan kereta elektrik terbabit. Terbaharu, SU7 ini didapati rosak selepas dipandu hanya sejauh 39 kilometer.

Pemilik telah menghantar kenderaan terbabit ke pusat servis untuk mengetahui punca kerosakan, namun EV tersebut telah dipulangkan kembali ke kilang untuk analisis penuh kerana mereka tidak menjumpai punca kerosakan di pusat servis. Setakat ini, punca kerosakan masih belum diketahui lagi.

Memetik dari laporan CarNewsChina, pemilik kereta yang dikenali sebagai Wen adalah antara kumpulan pembeli terawal yang telah menerima kereta tersebut di Pusat Penghantaran Xiaomi Auto Xiamen Xing’an, Wilayah Fujian.

Insiden terbabit dipercayai terjadi sehari sebelum Wen memuat naik video di platform media sosialnya iaitu pada 5 Mei yang jelas menunjukkan SU7 berkenaan diparkir di lorong kecemasan dengan lampu kecemasan dinyalakan.

Terdapat paparan mesej di infotainment yang menunjukkan “sistem pemanduan rosak dan tukaran gear tidak dapat dilakukan. Ini menunjukkan terdapat ralat yang mana gear tidak boleh dialihkan antara ‘D’ dan ‘R’.

Susulan dari kejadian itu, Wen telah meminta kereta baru dan enggan menerima bayaran balik. Saya mahu kereta, bukannya pulangkan kereta itu dan saya tidak mahu membuat tempahan baru dan menunggu semula penghantaran,” katanya.

Walau bagaimanapun, pihak Xiaomi tidak dapat memberi kereta baru kepada Wen disebabkan semua pengeluaran kenderaan sudah pun ada pemilik. Perkhidmatan pelanggan Xiaomi dilaporkan sedang berunding bayaran balik kepada Wen berserta pampasan perbelanjaan yang ditanggungnya.

Ini bukanlah insiden pertama yang melibatkan model Xiaomi SU7 ini. Sebelum ini, pengeluar telah mendakwa bahawa fungsi AEB tidak dapat beroperasi sehingga 135 km/j. Selain itu, terdapat juga isu di mana ketebalan cat tidak sama rata.

 

Sumber : CarNewsChina

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD