NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

KL Sentral Akan Dibangunkan Semula, Bantu Kurangkan Aliran Trafik – Anthony Loke

KL Sentral Akan Dibangunkan Semula, Bantu Kurangkan Aliran Trafik – Anthony Loke

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, KL Sentral, sebuah pusat pengangkutan utama yang menghubungkan beberapa jenis pengangkutan, dijangka akan mula dibangunkan pada penghujung tahun ini.

Kata Loke, kerja-kerja pembangunan semula itu diperlukan kerana KL Sentral telah mengalami pertumbuhan ‘luar biasa’ dalam 20 tahun terakhir dan kawasan itu telah menjadi sesak.

“Kawasan itu akan direka bentuk semula, dibina semula, dan dibangunkan agar ia menjadi lebih canggih. Kami berharap selepas kerja pembangunan semula selesai, akan ada aliran trafik yang lebih baik di kawasan tersebut,” katanya kepada wartawan New Straits Times.

 

Sumber : New Straits Times 

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy