NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Lima Kenderaan Rosak Ditimpa Pokok Tumbang

Lima Kenderaan Rosak Ditimpa Pokok Tumbang

Susulan dengan insiden pokok tumbang baru-baru ini di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, hari ini insiden pokok tumbang terjadi pula di Jalan Macalister. Lima buah kenderaan telah rosak akibat dari insiden pokok tumbang ini.

Menurut Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang, mereka menerima panggilan telefon berhubung kejadian terbabit sekitar jam 9.59 pagi dan sepasukan anggota telah bergegas ke tempat kejadian.

Selain mereka, petugas Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta polis turut terlibat dalam operasi mengalihkan pokok tumbang itu.

“Kerja-kerja pengalihan pokok tumbang giat dijalankan bagi memastikan kelancaran dan pergerakan kenderaan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan insiden pokok tumbang itu,” katanya kepada media Sinar Harian.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy