Hafizh Syahrin Abdullah, Pelumba Johor Darul Ta’zim (JDT) Racing Team, berjaya menamatkan perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 musim ini dengan meraih kejuaraan sulung di Litar Antarabangsa Zuhai, China.
Menerusi catatan masa 20 minit (24.461 saat), pelumba berusia 29 tahun itu berjaya menghabiskan perlumbaan pertama pusingan kedua kategori Asia Superbike 1000cc dengan meraih juara selepas melengkapkan 13 pusingan.
Ia diikuti dengan Naib Juara yang berjaya dipegang oleh Andi Farid Izdihar dari Indonesia yang mewakili Honda Asia-Dream Racing dengan catatan masa 20:25.215 saat dan tempat ketiga oleh Azlan Syah Kamaruzaman dari pasukan TKKR BMW Racing Team dengan catatan masa 20:27.603 saat.
Selepas Hafizh Syahrin berjaya memperoleh Naib Juara pada pusingan pertama di Litar Antarabangsa Chang, Thailand bulan lepas, ini merupakan penampilan sulungnya dalam ARRC dan juga merupakan kemenangan pertama bagi JDT Racing Team.
Perlumbaan pusingan kedua akan diteruskan pada Ahad ini dengan menggunakan jentera Ducati Panigale V4R.
Sumber : Astro Awani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?