NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Insurans Bayar RM15.1 Juta Sehari untuk Kemalangan Jalan Raya

Insurans Bayar RM15.1 Juta Sehari untuk Kemalangan Jalan Raya

Purata tuntutan insurans yang telah dituntut oleh pemilik kenderaan di Malaysia telah meningkat kepada yang paling tertinggi pada tahun 2023 iaitu sebanyak RM15.1 juta sehari.

Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh penganalisis data di GlobalData, Sneha Verma, peningkatan kepada tuntutan insurans itu adalah disebabkan pertambahan jumlah kemalangan jalan raya.

“Hasil dapatan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Malaysia, kadar kemalangan jalan raya meningkat sebanyak 10 peratus iaitu 598,635 kes pada 2023 berbanding 545,588 pada 2022.

“Buat masa sekarang, insurans kenderaan menerajui industri insurans am Malaysia yang menyumbang 46.9 peratus dalam premium bertulis langsung insurans am (DWP).

“Ia dijangka meningkat sebanyak 8.9 peratus tahun ini disokong oleh peningkatan penjualan kenderaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Selain itu, menurut pemerhatian Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), permintaan untuk insurans bencana alam juga telah meningkat kepada 33 peratus baru-baru ini disebabkan kehilangan barang ketika hujan lebat.

“Kenaikan harga premium kerana tuntutan dan inflasi yang tinggi juga akan menyokong pertumbuhan insurans hartanah.

“Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah kerugian akibat banjir meningkat sebanyak 21 peratus pada 2023 berjumlah RM755.4 juta berbanding RM622.2 juta pada 2022,” ujar beliau.

Tambah Sneha, komponen ketiga terbesar untuk insurans am tahun ini adalah insurans kemalangan diri dan kesihatan di mana sebanyak 10.1 peratus DWP telah disumbang.

“Insurans ini dijangka berkembang sebanyak 0.3 peratus pada 2024, didorong oleh peningkatan kesedaran kesihatan dan inflasi perubatan,” katanya.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy