BAIC Perkenal Model Pertama Mereka, BJ40 Plus di Malaysia – Anggaran Harga RM180k – RM200k

Beijing Automotive Group (BAIC) kini secara rasmi telah masuk ke dalam pasaran Malaysia dengan memperkenalkan dua model pertama dari mereka iaitu sebuah SUV off-road, BJ40 Plus dan sebuah SUV segmen-C, X55. Pada artikel ini, kita akan mengenali dengan lebih dekat model BJ40 Plus.

Bakal bersaing dengan beberapa lagi model yang tidak kurang hebatnya seperti Suzuki Jimny dan GWM Tank 300, model ini berukuran 4,645 mm panjang, 1,925 mm lebar dan 1,871 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,745 mm. Ia memiliki ruang penyimpanan barang di belakang berkapasiti 532 liter dan meningkat hingga 965 liter sekiranya tempat duduk belakang dibaringkan.

Model ini didatangkan dengan enjin petrol 2.0 liter turbocas yang dipadankan dengan transmisi automatik ZF lapan-kelajuan dan mampu menjana kuasa 224 Ps dan 380 Nm tork. Selain itu, ia menggunakan sistem pacuan sempat roda separuh masa Borg-Warner, dengan tiga mod pacuan iaitu 2H/2L/4L.

Beralih kepada rekaan luaran, model ini hadir dengan gril depan lima lubang khas, lampu utama LED dengan DRL, empat cangkuk tunda di bahagian depan dan belakang, penampan bawah bampar serta lampu kombinasi LED di belakang.

Beralih pula kepada rekaan dalaman, model ini dilengkapi dengan balutan kulit untuk kerusi dan stereng, kawalan pendingin dua-zon, panel instrumen LCD bersaiz 12.3-inci dan skrin infotainment bersaiz 10-inci serta lampu ambient. Kerusi pemandu pula datang dengan larasan elektrik empat-hala, dua slot USB, sistem audio dengan enam-pembesar suara dan kamera undur.

Untuk pengalaman pemanduan off-road yang tiada tandingan, BJ40 Plus membenarkan bumbungnya dibuka dan proses pemasangan semula untuk hadapan dan belakang dengan pantas, bersama-sama dengan cermin depan terbuka boleh lipat.

Tempahan bagi model ini telah dibuka dan model CKD yang akan dipasang di Pagoh, Melaka akan menyusul pada suku keempat tahun ini.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD