NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Seekor Harimau Mati Dilanggar di Bentong, Pahang

Seekor Harimau Mati Dilanggar di Bentong, Pahang

Seekor harimau belang dewasa mati dilanggar oleh sebuah kenderaan di Kilometer (KM) 50.8 Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah Kuala Lumpur berhampiran Lentang pada pagi semalam.

Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md Yasin, kejadian terjadi sekitar jam 1.23 pagi dan harimau belang seberat 130 kilogram yang dilanggar tersebut telah mati di tempat kejadian.

“Harimau belang dewasa itu dianggar berusia empat tahun berdasarkan saiz tubuh haiwan berkenaan. Jangkaan awal kita ialah haiwan tersebut datang dari Hutan Simpan Bukit Tinggi,” katanya.

Bangkai haiwan sudah diambil oleh Perhilitan untuk tindakan selanjutnya. Selain itu, bahagian hadapan kereta terbabit mengalami kerosakan yang teruk akibat dari perlanggaran terbabit.

 

Sumber : Kosmo!

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy