NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Seorang Lelaki Nyaris Rentung, BMW X5 Miliknya Terbakar

Seorang Lelaki Nyaris Rentung, BMW X5 Miliknya Terbakar

Sebuah kenderaan jenis SUV mewah dari BMW, X5 telah terbakar secara tiba-tiba ketika pemiliknya sedang memandu di Jalan Sungai Nipah, Simpang Lima semalam. Lebih membahayakan, pemiliknya nyaris rentung dalam kemalangan terbabit.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihak bomba menerima panggilan sekitar jam 4.02 petang dan sepasukan tujuh anggota bersama jentera telah dikejarkan ke lokasi dengan segera.

Menurut maklumat awal, pemandu yang berusia 46 tahun itu segera memberhentikan kenderaannya selepas melihat kepulan asap keluar dari bahagian papan pemuka kenderaan. Tidak lama selepas itu, kereta itu tiba-tiba terbakar.

Walau bagaimanapun, lelaki itu berjaya keluar dari kenderaannya dan tidak mengalami kecederaan ketika kejadian terbabit terjadi. Pihak bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memadamkan kebakaran dan hampir keseluruhan kereta itu telah musnah akibat kebakaran terbabit.

 

Sumber : Buletin TV3

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy