Susulan dari sebuah video tular yang memaparkan sekumpulan kelab kereta memasak mi segera di stesen minyak baru-baru ini, kertas siasatan telah pun dibuka oleh pihak polis pada 14 Mei dan hari ini pihak Polis Diraja Malaysia telah memberi kemas kini dan mengesahkan bahawa seramai 15 individu telah ditahan berhubung isu ini.
Memetik dari laporan Harian Metro, Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata seramai 10 individu lelaki dan 5 individu wanita telah ditangkap selepas mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong. Selepas merakam keterangan mereka, mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis.
“Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan empat saksi ketika kejadian juga sudah dirakam percakapan mereka bagi membantu siasatan.
“Kita juga akan merujuk kertas siasatan ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan selanjutnya,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?