NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Papan Tanda Iklan di Lebuh Raya Persekutuan Terbakar – Tiga Warga Indonesia Cedera

Papan Tanda Iklan di Lebuh Raya Persekutuan Terbakar – Tiga Warga Indonesia Cedera

Sebuah papan tanda iklan (billboard) di Lebuh Raya Persekutuan telah dilaporkan terbakar sekitar jam 1.25 tengah hari tadi dan video kebakaran tersebut telah tular di media sosial.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat hanya sebahagian dari papan tanda iklan itu terbakar dan sebahagian lagi masih berada dalam keadaan sempurna.

Tiga orang pekerja Indonesia dilaporkan mengalami melecur kecil di dalam kebakaran terbabit manakala enam lagi sempat melarikan diri. Semua mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan lanjut.

Kesemua mangsa sedang membuat kerja-kerja penyelenggaraan di bahagian atas dan bawah papan iklan tersebut ketika kejadian dan merupakan warga Indonesia.

Punca kebakaran masih dalam siasatan dan api telah berjaya dipadam oleh Pihak Bomba kira-kira pada jam 3.30 petang tadi. Kesesakan teruk dari Pusat Bandaraya ke arah Petaling Jaya sepanjang 3 km terjadi sewaktu proses pemadaman api sedang dilakukan.

 

Sumber : Kosmo! 

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy