passionately driven

Penunggang Motosikal Maut, Serpihan Tayar Lori Punca

Seorang penunggang motosikal maut manakala empat yang lain cedera dipercayai disebabkan terlanggar serpihan tayar lori di Kilometer 190.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan pada pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Afirzul Hamzah, 35, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal jenis Yamaha RXZ yang ditunggangnya kemalangan dan mengakibatkan kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi, kesemua mangsa sedang berkonvoi dan dalam perjalanan ke Johor dari arah Simpang Ampat, Melaka.

Setiba di lokasi kejadian, salah seorang mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 hilang kawalan kerana dipercayai terlanggar objek di atas jalan raya sebelum kesemua mereka terjatuh.

“Kumpulan konvoi dipercayai dari Johor itu baharu berhenti menjamu selera di Simpang Ampat sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Johor.

“Akibat kejadian itu mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori meninggal dunia di tempat kejadian, manakala mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Jasin bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Turut dilaporkan mangsa lain iaitu seorang pelajar, Zakrul Ariffin telah ditempatkan di zon merah manakala tiga mangsa yang lain patah bahu kanan, luka tangan dan kaki serta cedera di bahagian kepala.

“Siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Jasin sebelum dituntut waris keluarga, ” katanya lagi.

 

Sumber : Sinar Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD