passionately driven

Joie Berkongsi Pengalaman dan Kebaikan Memakai Savvy dan Savvy Lite Sempena Hari Ibu Bapa

SNS Products Sdn Bhd, pengedar eksklusif Joie, telah mengadakan sebuah majlis eksklusif untuk berkongsi dan memperkenalkan barisan produk mereka iaitu Savvy dan Savvy Lite di Woobar, W Hotel, Kuala Lumpur.

Bersempena dengan Hari Ibu Bapa, Joie bersemangat untuk kongsi kelebihan memakai babywearing kepada tetamu yang hadir. Majlis ini turut ditaja oleh bbluv, Buds, Happy Fish, Terrae dan Farm Fresh. Selain itu, Joie turut menunjukkan demonstrasi cara untuk memakai produk mereka, Savvy dan Savvy Lite dengan selesa untuk kedua ibu-bapa serta anak-anak.

Savvy

Sejak Savvy diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, ia telah merevolusikan industri bayi dengan ciri uniknya seperti buckle magnet, kanopi matahari built-in bersama dengan reka bentuknya yang canggih. Melalui kejayaan produk pertama dari mereka, Joie menyambung dengan memperkenalkan produk kedua mereka iaitu Savvy Lite untuk menambah baik lagi baby carrier mereka.

Savvy Lite

“Kami percaya dalam meraikan kegembiraan hidup ibu bapa dengan penyelesaian yang lebih inovatif dan praktikal seperti baby carrier Savvy dan Savvy Lite,” kata May Hwong, Pengarah Urusan SNS Products Sdn Bhd.

“Melalui acara ini, kami berhasrat untuk mempamerkan dari pemakaian babywearing boleh mengukuhkan lagi ikatan antara anak dan ibu bapa, di samping membantu dalam perkembangan bayi, menawarkan kemudahan dan menggalakkan gaya hidup yang aktif.

Kemuncak majlis diteruskan lagi dengan sesi perkongsian oleh pakar babywearing, Puan Yusna Adilah Hamzah, pempengaruh Joie dan Dayana Roza, pengguna Savvy. Para tetamu kini mengetahui fungsi dan keselesaan kedua-dua produk mereka, Savvy dan Savvy Lite dan menjadikan babywearing lebih menyeronokkan untuk para ibu-bapa.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD