Chery Malaysia Lancar Pusat 3S Baru di Nilai, Negeri Sembilan

Chery Auto Malaysia telah melancarkan pembukaan ruang pamerannya dan pusat servis yang diuruskan sepenuhnya oleh SS Mobile Sdn Bhd, rakan pengedarnya di Negeri Sembilan.

Berkeluasan sebanyak 310 meter persegi, pusat 3S baru ini terletak di PT 10848, Jalan Desa Cempaka, Taman Desa Cempaka, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Para pelanggan boleh melihat secara dekat kenderaan yang diminati sambil menunggu di ruang menunggu yang selesa semasa kenderaan mereka di pusat servis.

Selain itu, pusat servis akan diuruskan oleh juruteknik terlatih Chery bagi memastikan semua kenderaan pelanggan dapat diselenggara dengan baik.

“Dengan pembukaan pusat 3S Chery di Nilai, kami kini boleh memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan di Negeri Sembilan. Pelanggan yang sebelum ini terpaksa melakukan perjalanan dari Nilai ke Seremban untuk kenderaan Chery tidak perlu lagi melakukan perjalanan itu,” kata Soon Boon Ping, Pengarah Rangkaian Chery Auto Malaysia.

Ruang pameran dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang manakala pusat servis dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang (Isnin-Jumaat), 9 pagi hingga 1 petang (Sabtu) dan ditutup pada hari Ahad dan cuti umum.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD