passionately driven

Dakwaan Lebuhraya SPE Retak Tidak Benar, Hanyalah Garisan Hitam – Alat Kesan Retak Bakal Dipasang

Menerusi sebuah ciapan di aplikasi X yang mendakwa terdapat keretakan di sebuah jejambat berdasarkan dua keping gambar pada Jumaat lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, telah mengarahkan serta-merta pihak LLM dan syarikat konsesi SPE untuk membuat pemeriksaan segera di lokasi tersebut.

Setelah diperiksa, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengesahkan tiada keretakan pada persimpangan bertingkat Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) di Jalan Cheras.

Memetik dari kenyataan rasmi KKR di aplikasi X, ia hanyalah kesan garisan hitam iaitu sendi pembinaan semasa kerja konkrit yang dibuat terdahulu dan bukanlah garisan keretakan seperti yang didakwa oleh seorang pengguna itu.

“Konsultan juga telah mengesahkan struktur portal lebuh raya tidak terjejas dan selamat. Satu laporan pemeriksaan dan pengesahan selamat akan disediakan dan dikemukakan kepada LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia),” menurut kenyataan itu.

Selain itu, kerajaan juga telah mengambil inisiatif untuk memasang alat pengesan keretakan bagi memastikan struktur pembinaan benar-benar selamat untuk digunakan.

“Memang kita puas hati, laporan pakar memang tiada masalah di struktur itu, saya pun dah lihat sendiri, keretakan yang didakwa itu tidak ada dan jalan selamat digunakan.”

“Cuma dengan pemasangan alat ini, kita akan terus pantau bersama LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia) dalam beberapa minggu ini kalau ada kesan sebarang pergerakan atau betul-betul terjadi keretakan supaya kita boleh tahu dan ada amaran awal,” kata Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

 

Sumber : Sinar Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD