passionately driven

Sentinel Automotive Dilantik jadi Rakan Niaga Zeekr di Malaysia – SUV X dan MPV 009 Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi

Pada minggu lepas, Zeekr telah mengadakan pratonton eksklusif model pertama mereka yang akan dilancarkan tak lama lagi di Malaysia iaitu Zeekr X dan kini syarikat itu telah menandatangani perjanjian bersama dengan Sentinel Automotive untuk menjadi rakan niaganya di Malaysia.

Cawangan pertama akan dibuka di Kuala Lumpur diikuti dengan rancangan untuk membuka bilik pameran di negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang, Johor Bahru dan Selangor dalam tahun ini. Dua model akan mula dijual di semua cawangan Zeekr di Malaysia iaitu Zeekr X, sebuah SUV dan juga Zeekr 009, sebuah MPV.

Memetik dari laporan CarNewsChina, versi pemanduan sebelah kanan telah mula dikeluarkan dari kilang di China pada minggu lalu untuk pasaran Malaysia dan Indonesia. Ia dijangka bakal melakukan serahan pada suku ketiga tahun ini dan sekaligus menjadi petunjuk secara rasmi jenama automotif dari China ini akan diperkenalkan secara rasmi di Malaysia.

Zeekr X adalah sebuah SUV lima tempat duduk yang telah dibangun menggunakan platform Scalable Electric Architecture (SEA) Geely. Ia berukuran 4,450 mm panjang, 1,836 mm lebar, 1,572 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,750 mm.

Dua varian bakal ditawarkan iaitu motor tunggal RWD dan dua-motor AWD. Bagi varian motor tunggal, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 272 Ps dan 343 Nm tork manakala dua motor mampu menghasilkan 428 Ps dan 543 Nm tork. Pecutan 0-100 km/j adalah 5.8 saat bagi RWD dan 3.8 saat bagi AWD.

Untuk jarak sejauh 560 km boleh dicapai dengan pek bateri nickel manganese cobalt (NMC) berkapasiti 66 kW dengan sekali pengecasan bagi RWD manakala jarak sejauh 512 km bagi AWD. 

Zeekr oo9 adalah sebuah MPV enam tempat duduk dengan susunan 2-2-2. Ia berukuran 5,209 mm panjang, 2,024 mm lebar, 1,848 mm tinggi dengan jarak antara roda 3,205 mm.

Di China, ia menggunakan dua motor elektrik dan sistem pacuan semua roda yang mampu menjana 544 PS dan 686 Nm tork. Pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.8 saat. Jarak sejauh 702 km boleh dicapai dengan pek bateri berkapasiti 116 kWh manakala 822 km dengan pek bateri berkapasiti 140 kWh.

Perincian penuh masih belum didedahkan lagi oleh Zeekr dan sama-sama kita nantikan kemunculan rasmi syarikat ini tak lama lagi di Malaysia.

 

Sumber : CarNewsChina | Paultan

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD