Prestasi jualan bulan Mei telah diumumkan oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd dengan penjualannya mencapai sebanyak 8,422 unit termasuk dari jenama Lexus.
“Prestasi baik sepanjang bulan Mei mencerminkan kesungguhan kami untuk memberikan perkhidmatan dan produk cemerlang yang memenuhi keperluan pelanggan kami. Kejayaan program komuniti juga memperkukuh kesungguhan kami terhadap kemapanan alam sekitar serta tanggungjawab sosial, sekaligus memperkukuh juga peranan kami sebagai pelopor industri automotif yang meliputi falsafah “Move Your World” kami,” jelas Presiden UMWT, Datuk Ravindran K.
Selain itu, UMW Toyota telah melancarkan promosi “Peace of Mind” pada bulan Jun di mana rebat sehingga RM7,500 dan pembiayaan sehingga 100 peratus yang bakal diberikan kepada pelanggan yang berminat untuk mendaftar.
Ia tersedia untuk kesemua 13 model dari Toyota, termasuk Toyota Yaris yang baru sahaja diperkenalkan dan Toyota Vios serba baharu dengan ansuran bermula dari serendah RM658 dan RM688 masing-masing.
Tidak dilupakan untuk servis selepas jualan, ansuran bulanan bermula dari RM31 ditawarkan untuk Program Toyota Service Savers kepada para pelanggan.