Beijing Automotive Group (BAIC) baru-baru ini telah memperlihatkan SUV X55 dan BJ40 Plus dan mengumumkan bahawa harga rasmi bagi model-model ini akan diumumkan pada bulan hadapan. Penghantaran pertama akan bermula tidak lama selepas itu.
Kenderaan ini akan diimport sepenuhnya (CBU) dari China kerana pemasangan tempatan di kilang EP Manufacturing (EPMB) di Melaka dijadualkan akan bermula pada akhir tahun ini.
BAIC melaporkan bahawa tempahan untuk kedua-dua model berjalan dengan baik, walaupun mereka tidak memberikan sebarang angka. Kini, enam pengedar telah disahkan dan sedang dalam pembinaan, dengan sasaran untuk mempunyai sekitar 20 pengedar menjelang akhir tahun ini.
Bakal bersaing dengan beberapa lagi model yang tidak kurang hebatnya seperti Honda CR-V dan Proton X70, X55 berukuran 4,620 mm panjang, 1,886 mm lebar dan 1,680 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,735 mm. Dua varian bakal ditawarkan untuk jualan ke pasaran Malaysia iaitu Standard dan Premium.
Walaupun harga tepat tidak diberikan, ia dijangka dalam lingkungan RM120,000 hingga RM140,000. Kedua-dua varian akan menampilkan enjin turbocaj 1.5 liter yang menghasilkan 188 PS dan 305 Nm tork, dipadankan dengan transmisi dual-klac tujuh kelajuan, dan boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 7.8 saat.
Bakal bersaing dengan beberapa lagi model yang tidak kurang hebatnya seperti Suzuki Jimny dan GWM Tank 300, BJ40 Plus berukuran 4,645 mm panjang, 1,925 mm lebar dan 1,871 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,745 mm.
BJ40 Plus, yang menyerupai Jeep Wrangler, akan berharga di antara RM180,000 hingga RM190,000. Ia akan mempunyai enjin turbocaj 2.0 liter dengan 221 Hp dan 380 Nm tork, dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan empat roda separuh masa Borg-Warner dengan tiga mod iaitu 2H, 2L, dan 4L.
Sumber : Paultan