NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Proton Keluar Kenyataan Maaf – Silap Label Negeri Sabah dan Sarawak dalam Slaid Pembentangan

Proton Keluar Kenyataan Maaf – Silap Label Negeri Sabah dan Sarawak dalam Slaid Pembentangan

Susulan dengan pengenalan nama dan logo baharu bagi Proton e.MAS semalam, Proton telah membuat silap di mana mereka salah melabel kedudukan negeri Sabah dan Sarawak dalam salah satu slaid pembentangan mereka semalam. Seorang pengguna di Facebook telah memuat naik status menggambarkan perasaan kecewa dan sedih akan kesilapan yang dilakukan oleh Proton itu.

Mengakui silap mereka, satu kenyataan maaf telah dikeluarkan oleh Proton seperti yang berikut:


PROTON ingin memberi kenyataan tentang kesilapan melabelkan negeri Sabah dan Sarawak.

Kami amat menyesali kesilapan yang mungkin telah menimbulkan perasaan sensitif di kalangan rakyat Malaysia.

PROTON menjunjung tinggi perpaduan dan kepelbagaian Malaysia, dan kami komited untuk menghormati dan meraikan semua negeri secara sama rata.

Kami memohon maaf atas sebarang salah faham yang berlaku dan menghargai sebarang maklum balas daripada orang ramai.

Kami akan lebih berhati-hati dalam usaha masa depan kami. Terima kasih atas pemahaman dan sokongan anda yang berterusan.


 

Gallery

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy