NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

652 Kemalangan Melibatkan Kenderaan Berat Direkodkan pada Suku Pertama 2024

652 Kemalangan Melibatkan Kenderaan Berat Direkodkan pada Suku Pertama 2024

Kenderaan berat seperti lori kontena, lori kecil dan bas ekspres telah merekodkan sebanyak 652 kemalangan pada suku pertama tahun 2024.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, 287 kes maut, 95 mengalami kecederaan parah dan 270 lagi mengalami cedera ringan daripada jumlah yang telah direkodkan itu.

Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) juga telah membuat kajian untuk mengurangkan risiko kemalangan bagi kenderaan berat di jalanraya.

Antaranya ialah menggiatkan penguatkuasaan melibatkan peraturan had muatan kenderaan dan had laju bagi kenderaan berat serta mengeluarkan saman kepada pihak yang melanggar peraturan.

“Bagi tahun 2023, sejumlah 45,015 notis saman telah dikeluarkan melibatkan kesalahan muatan bahaya dan lebih muatan manakala bagi tahun 2024 sehingga April, sejumlah 9,214 notis saman telah dikeluarkan.

“Di samping itu, Kementerian Pengangkutan bersama Kementerian Kerja Raya, sedang dalam proses akhir untuk membangunkan sistem “High Speed – Weigh in Motion” atau HS-WIM.

“Menerusi penggunaan sistem HS-WIM ini, aktiviti penguatkuasaan kenderaan berat boleh dilaksanakan secara masa sebenar atau automatik tanpa memerlukan kenderaan tersebut perlu berhenti untuk ditimbang,” katanya.

Tambah beliau, penggunaan sistem HS-WIM juga akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada jumlah tenaga manusia atau anggota penguatkuasaan yang tinggi.

 

Sumber : Astro Awani

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy