NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Tular Jalan Berlubang di Klang – JKR Segera Arah Baik Pulih

Tular Jalan Berlubang di Klang – JKR Segera Arah Baik Pulih

Baru-baru ini tular sebuah video di mana seorang aktivis jalan raya meluahkan rasa kecewanya mengenai tampalan ‘pothole’ yang pecah di Jalan Hj Abdul Manan (Jalan Negeri), Klang.

Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil serius isu ini dan telah mengarahkan pihak Pemaju Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) untuk membaik pulih tampalan pada jalan berlubang dengan kadar segera.

“Hasil semakan mendapati lokasi jalan raya yang tular itu adalah di Jalan Hj Abdul Manan (Jalan Negeri) yang kini berada di dalam had penyelenggaraan pihak pemaju projek ECRL.

“Kerosakan tampalan yang ditularkan berpunca daripada tampalan secara ‘coldmix’ dilaksanakan oleh pihak pemaju dan takungan air pada bahu jalan tersebut,” katanya pada Isnin.

Demi keselamatan dan keselesaan pengguna, JKR Daerah Klang telah mengarahkan pihak ECRL membaik pulih tampalan secara ‘hotmix’ di tapak dengan segera.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy