NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

170 Tiang Lampu Bakal Dipasang di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor

170 Tiang Lampu Bakal Dipasang di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor

Lebuhraya di Johor sememangnya terkenal dengan jalan yang gelap dan tiada lampu dipasang pada waktu malam. Baru-baru ini, sebuah video berdurasi 20 saat telah tular di mana sebuah kereta dan motosikal telah mengalami kemalangan akibat mengelak babi hutan yang sedang melintas dalam keadaan jalan raya yang gelap.

Perkara ini telah mendapat perhatian Menteri Besar Johor, Dato Onn Hafiz Ghazi, dan beliau telah memuat naik di laman Facebook rasminya bahawa pemasangan tiang lampu sebanyak 170 bakal dipasang di Lebuhraya Pasir Gudang. Menurutnya, projek pencahayaan lampu jalan di kawasan berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

“Kerja-kerja pemasangan 170 tiang lampu di laluan (FT17) Kilometer 2.6 Jalan Pasir Gudang sehingga Kilometer 9.4 Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Perling akan dilaksanakan pada September depan.

“Kerajaan negeri mengambil maklum berkenaan isu kemalangan jalan raya yang tular dari Perling menghala ke Lebuhraya Pasir Gudang yang berpunca daripada ketiadaan lampu jalan di laluan berkenaan,”katanya.

Selain itu, jalan tersebut juga kini sedang dalam proses pelantikan perunding bersama Kementerian Kewangan kerana terlibat dalam Projek Pelebaran Lebuhraya Pasir Gudang Fasa 3. Dijangka akan bermula awal tahun hadapan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR).

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy