Sime Darby Motors telah melancarkan sebuah pusat servis dan penyelenggaraan yang dibuka khas untuk memenuhi semua kehendak pelanggan tidak mengira jenama dan kenderaan yang dipanggil DRIVECARE. Inisiatif ini dilakukan bagi membantu pelanggan dengan menawarkan harga yang berpatutan, kepakaran juruteknik Sime Darby yang terlatih dan kemudahan serta keselesaan kepada para pelanggan semasa menunggu.
Andrew Basham, Pengarah Urusan Sime Darby Motors, berkata, “DRIVECARE mencerminkan komitmen kami untuk meluaskan kemudahan penjagaan kenderaan terbaik kepada rakyat Malaysia. Dengan menggabungkan kualiti perkhidmatan tiada tandingan dengan nilai hebat, kami berhasrat memberikan pengalaman yang lancar dan luar biasa kepada pemilik kenderaan. DRIVECARE bakal menetapkan penanda aras baharu bagi kecemerlangan perkhidmatan lepas jualan.”
Selain kemudahan servis dan menyelenggara kenderaan, Drivecare turut menawarkan pilihan kos rendah untuk membeli kereta baharu yang turut disokong oleh Sime Darby Auto Selection.
Pusat servis Drivecare terletak di Lot 33, Glenmarie dan Chan Sow Lin dan kini telah dibuka untuk para pelanggan. Bermula dari 26 Jun sehingga 31 Julai 2024, banyak promosi istimewa telah diadakan oleh Drivecare sempena pelancarannya. Antaranya termasuk pemeriksaan kenderaan percuma, diskaun 20 peratus untuk caj alat ganti dan buruh dan set bilah pengelap cermin dengan setiap penggantian cermin depan.
Selain itu, cucian kereta secara percuma dan satu produk Liqui Moly juga akan diberikan kepada pelanggan yang membuat servis dalam tempoh promosi. Waranti untuk alat ganti dan mutu kerja untuk semua jenama, bermula dari 6 bulan dan seterusnya. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Bagi pelanggan yang menghantar dua kenderaan untuk diservis, 100 pelanggan pertama bakal menerima diskaun 50 peratus bagi minyak enjin, tertakluk kepada terma dan syarat. Tawaran sah jika kedua-dua kenderaan didaftarkan atas satu nama pemilik yang sama.