passionately driven

Batik Air Sedia Kia EV9 dan Carnival Sebagai Khidmat Pindah Terminal

Batik Air telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan Kia, sebuah jenama automotif dari Korea Selatan untuk perkhidmatan pindah terminal persendirian baharu, eksklusif untuk penumpang dari kelas perniagaan.

Pemindahan secara lancar dan premium di antara Bangunan Terminal Utama dan Bangunan Satelit Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bakal tersedia untuk penumpang Kelas Perniagaan dan Flexi.

“Penumpang akan dikendalikan menerusi kenderaan elektrik Kia EV9 dan model terkini Karnival yang mewakili teknologi automotif mampan serta premium terkini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, dengan kerjasama di antara Kia, sebuah syarikat automotif yang ternama, mereka gembira dapat menawarkan perkhidmatan ini kepada para penumpang Kelas Perniagaan mereka.

“Langkah menggunakan kenderaan elektrik sepenuhnya Kia EV9 juga memaparkan komitmen kami terhadap aspek kemampanan serta penyampaian perkhidmatan premium kepada pelanggan.

“Batik Air mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan impak alam sekitar selain memastikan penumpang Kelas Perniagaan kami menikmati aspek keselesaan dan kemewahan. Inisiatif ini menepati visi jangka panjang kami untuk mencapai masa depan penerbangan udara lebih mampan,” katanya.

 

Sumber : Berita Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD