passionately driven

Minyak RON95 Malaysia Dijual Secara Terbuka di Thailand

Kebiasaannya, pasar-pasar akan menjual barangan kering seperti beras, gula, tepung dan minyak masak. Tetapi berbeza dengan Pasar Sempadan Wang Prachan di Wilayah Satun dekat Wang Kelian, Perlis.

Tinjauan media dari Berita Harian mendapati mereka juga menjual petrol RON95 di dalam botol 1.5 liter dengan harga 45 baht (RM5.76). Kami juga percaya pasar tersebut telah menjadi pusat jualan barang subsidi Malaysia yang diseludup oleh sindiket ke Thailand.

Membuatkan kami lebih yakin lagi apabila tiada stesen minyak dalam radius tiga hingga ke lima kilometer berhampiran sempadan itu dan bahan api berkenaan berharga 46.54 baht (RM5.96) seliter.

Memetik dari laporan Berita Harian, mereka telah mewawancara seorang penduduk tempatan, Dini, berusia 50-an seperti yang berikut.

“Saya ada dengar di Malaysia, diesel sudah jadi mahal. Kedai di sini hanya jual petrol Malaysia sahaja dengan harga 45 baht untuk kegunaan kecil-kecilan seperti motosikal di sini.

“Untuk diesel agak susah nak jumpa sini kerana memerlukan bekas yang besar. Lagipun diesel untuk kegunaan kenderaan besar macam pikap, lori atau bas,” katanya.

Sejak pengapungan harga diesel dilaksanakan pada 10 Jun lalu, penjualan diesel di stesen minyak komersial berhampiran sempadan Malaysia-Thailand terutama di Wang Kelian dan Padang Besar menunjukkan penurunan.

Turut diwawancara adalah seorang pengusaha stesen minyak tempatan iaitu An Yusran, 48, seperti yang berikut.

“Bila harganya naik kepada RM3.35, sudah tak banyak terutama van, trak, atau kenderaan pacuan empat roda Malaysia yang guna diesel nak datang isi diesel di sini. Saya boleh katakan secara kasarnya penurunan lebih 50 peratus dari segi jualan.

“Selain itu, pikap Thailand juga agak berkurangan mengisi diesel di sini. Saya difahamkan mereka ada yang menyeludup diesel dan mereka akan mengisi bahan api itu dari stesen ke stesen tetapi untuk perkara itu sudah nampak kurang di stesen minyak ini,” katanya.

Perkembangan lain pula dapat dilihat di stesen minyak tidak bersubsidi di sekitar sempadan Malaysia-Thailand apabila jualan diesel mereka menunjukkan peningkatan sejak penyasaran subsidi diperkenalkan.

“Sebelum ini, kenderaan diesel dari Thailand mengisi dalam 30 liter sebelum ke destinasi masing-masing disebabkan mereka ini akan mengisi diesel ini di stesen minyak di luar Perlis.

“Sekarang kenderaan diesel dari negara jiran mengisi antara 70 hingga 80 liter,” kata seorang pemilik stesen minyak di Wang Kelian.

Tambahnya, langkah kerajaan telah membantu perniagaannya dan mengurangkan penyeludupan diesel di sempadan.

 

Sumber : Berita Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD