passionately driven

Tokyo Auto Salon KL 2024 Kembali, Jualan Tiket Kini Dibuka – 8 hingga 11 November Ini!

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2024 kini kembali menemui anda untuk tahun ini dan akan diadakan pada 8 hingga 11 November ini. Merupakan tahun kedua dianjurkan di Malaysia, lokasi masih sama seperti tahun lalu iaitu di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC).

Pada tahun lepas, lebih 19,000 pengunjung telah hadir untuk memeriahkan lagi acara ini. Antara pempamer yang mengambil bahagian pada tahun lalu adalah Top Secret, Spoon, HKS, dan GReddy. Dijangkakan pameran pada tahun ini akan membawa skala yang lebih besar dan menarik.

“Sama seperti acara asal di Jepun, pelbagai usaha diberikan bagi memastikan acara kali ini melepasi jangkaan para peminat,” kata Pengarah dan CEO Element X Strategies, Jason Yap.

Jualan tiket kini telah dibuka dan pembeli terawal bakal mendapat diskaun yang lumayan. Harga tiket adalah RM60 pada hari acara dan RM120 untuk pas ketiga-tiga hari. Terhad kepada 5,000 pembeli terawal, harga tiket bagi Early Birds pula sebanyak RM50 sahaja.

Tiket untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun pula ialah RM25 untuk early bird, RM30 pada harga acara, dan RM60 untuk pas tiga hari. Kanak-kanak bawah enam tahun masuk percuma.

Jika anda mahu lebih eksklusif, anda boleh mendapatkan tiket Black Tag pada harga RM1,500. Dengan tiket Black Tag, anda mempunyai akses seperti berikut:

  • Akses ke semua tiga hari acara
  • Parkir valet percuma
  • Akses ke lounge Black Tag
  • Makanan dan minuman percuma
  • Akses ke Japan Pavillion Cars
  • Barangan eksklusif TAS KL 2024
  • Meet and greet dengan pelbagai individu
  • Keutamaan untuk bidaan
  • Lounge khas tanpa media dan jurugambar

Jadi tunggu apa lagi? Ayuh dapatkan tiket sekarang!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD