passionately driven

Penyelewengan Diesel Berkurang, RON95 Meningkat

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah merekodkan sebanyak 46 kes dengan nilai rampasan 14,011 liter petrol RON95 selepas 20 hari penyasaran subsidi diesel dimulakan pada bulan lepas.

Menurut Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd. Ali, berbanding dengan sebelum penyasaran subsidi diesel dijalankan, hanya sebanyak 37 kes dengan rampasan 17,064 liter petrol RON95 sahaja telah direkodkan.

“Jumlah tangkapan pula telah meningkat daripada 10 orang kepada 17 orang dalam tempoh yang sama,” katanya.

Sementara itu, beliau turut berkongsi bahawa jumlah penyelewengan bagi diesel telah menunjukkan penurunan yang signifikan.

“Bagi tempoh 20 Mei hingga 9 Jun lepas, jumlah kes yang telah direkodkan ialah sebanyak 65 kes dengan rampasan diesel sebanyak 520,803 liter.

“Manakala bagi tempoh 10 Jun hingga 30 Jun lepas, menunjukkan penurunan drastik dengan hanya 14 kes telah direkodkan di seluruh negara melibatkan jumlah rampasan minyak diesel sebanyak 68,457 liter,” ujarnya.

Perbandingan ini jelas menunjukkan keberkesanan kerajaan menjalankan penyasaran subsidi diesel untuk mengurangkan penyelewengan diesel dari meningkat di Malaysia.

“KPDN akan terus mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas aktiviti penyelewengan barang kawalan di bawah Ops Tiris 3.0 di seluruh negara.

“Ini akan melibatkan kerjasama rapat agensi penguatkuasaan lain bagi memastikan isu ketirisan dapat diatasi secara menyeluruh dan berkesan,” jelasnya.

 

Sumber: Kosmo!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD