Honda telah mengesahkan bahawa mereka akan membawa masuk Honda Prelude generasi baharu ke dalam pasaran Eropah selepas selesai diproduksi.
Oleh itu, Goodwood Festival of Speed 2024 yang akan berlangsung pada 11 hingga 14 Julai ini bakal menampilkan Honda Prelude Concept yang telah didedahkan ketika Japan Mobility Show tahun lalu.
Selain mendedahkan ia bakal dijual di dalam pasaran Eropah, ia juga untuk meraikan ulangtahun ke-25 teknologi hibrid produksi besar-besaran Honda sejak tahun 1999 iaitu pengenalan Honda Insight.
Sebelum dihentikan pengeluarannya pada tahun 2001, Honda Prelude generasi pertama merupakan kereta sport dengan badan coupe dua pintu pacuan roda hadapan dan telah diperkenalkan pada tahun 1978.
Perincian teknikal penuh bagi Honda Prelude generasi baharu ini masih belum didedahkan lagi oleh Honda. Namun, satu perkara yang pasti adalah ia akan digerakkan oleh unit rangkaian kuasa hibrid elektrik.
“Prelude baharu bukan sahaja menandakan bab terbaharu dalam perjalanan hibrid kami yang sentiasa berevolusi, ia juga merupakan produk hasil dari 25 tahun merintis penyelidikan dan pembangunan hibrid. Bagi memastikan model ini mengekalkan DNA ‘sporty’ dengan menggabungkan kecekapan dan kelebihan pemanduan elektrik mesra alam sempurna dengan pengalaman yang menyeronokkan,” kata ketua jurutera dan ketua projek utama Honda, Tomoyuki Yamagami.
“Selain itu, Prelude menunjukkan kepentingan berterusan rangkaian kuasa hibrid sebagai sebahagian daripada strategi elektrifikasi kereta Honda – satu langkah penting ke arah komitmen kami untuk menjual kenderaan baharu 100% yang dijana sel bahan api elektrik atau hidrogen bateri menjelang 2040,” tambahnya lagi.
Sumber : Paultan