Subaru Tarik Diri dari Pemasangan Tempatan (CKD), Kembali pada CBU kerana Jualan Merosot

Disebabkan masalah yang dihadapi oleh perniagaannya, Tan Chong International (TCIL) dilaporkan mengalami kejatuhan keuntungan sehingga 86.6% untuk separa pertama 2024.

Pada Isnin lalu, amaran panduan keuntungan kepada pelabur telah dikeluarkan di mana keuntungan selepas cukai jatuh hanya sebanyak HK$25 juta (RM15 juta), berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu iaitu sebanyak  HK$187 juta (RM112.6 juta).

Isu penurunan keuntungan ini telah dikaitkan dengan penurunan jualan yang teruk dan ketara oleh Subaru dalam pasaran CKD mereka iaitu di Malaysia dan Thailand serta pasaran CBU mereka di Taiwan, Singapura dan Filipina.

Walau bagaimanapun, TCIL menegaskan bahawa kesediaan operasinya masih kekal stabil dan teguh dan mereka menjangkakan untuk bangkit semula menjelang separuh kedua tahun ini melalui bilangan tempahan dalam bahagian automotifnya.

Sementara itu, Subaru juga telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada operasi pemasangan tempatan (CKD) di pasaran Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand dan termasuk juga Vietnam dan Kemboja kerana kemerosotan jualan yang teruk.

Mulai tahun hadapan, tiada lagi pemasangan tempatan (CKD) bagi model-model Subaru dan akan diganti dengan model import sepenuhnya (CBU) dari Jepun. Kesan yang ketara bakal dapat dilihat dari segi harga kerana sudah pasti model CBU akan lebih mahal.

 

Sumber : Paultan

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD